Navigation

FAQ

Mercedes-Benz Guides

Dengan aplikasi percuma "Mercedes-Benz Guides", anda boleh mencapai manual pengendalian Mercedes anda dan juga kandungan lain yang menarik dengan telefon pintar atau tablet anda. Manual pengendalian yang bercorak interaktif dengan kandungan yang sama dapat dicapai melalui pelayar web klasik. Di samping itu, manual pengendalian dalam bentuk digital tersedia kepada anda secara terus di tempat duduk belakang kenderaan.

FAQ
Dengan aplikasi percuma "Mercedes-Benz Guides", anda boleh mencapai manual pengendalian Mercedes anda dan juga kandungan lain yang menarik dengan telefon pintar atau tablet anda.
Manual pengendalian yang bercorak interaktif dengan kandungan yang sama dapat dicapai melalui pelayar web klasik.
Di samping itu, manual pengendalian dalam bentuk digital tersedia kepada anda secara terus di tempat duduk belakang kenderaan.
Dengan bantuan aplikasi "Mercedes-Benz Guides", anda juga boleh membuat capaian pada maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan berkenaan kenderaan anda semasa dalam perjalanan. Anda boleh mencari tema yang diingini secara cepat dan mudah melalui fungsi carian yang telah diintegrasikan. Filem pendek animasi akan membantu anda untuk mengenali sistem bantuan baru dengan lebih baik. Aplikasi tersebut boleh didapati secara percuma di iTunes dan Google Play Store untuk telefon pintar dan tablet anda dan akan sentiasa dipertingkat dan dikemaskini dari semasa ke semasa.
"Mercedes-Benz Guides" membolehkan anda mencapai manual pengendalian siri pengeluaran terkini. Kandungannya akan sentiasa dipertingkat dan dikemaskini dari semasa ke semasa. Dengan ini aplikasi manual pengendalian bercetak sentiasa berada satu tapak ke hadapan kerana kemas kini dan perubahan sentiasa tersedia secara serta-merta kepada anda.
Aplikasi "Mercedes-Benz Guides" dibina dengan jelas dan secara intuitif. Pada awal permulaan aplikasi, sila pilih panduan bagi model kenderaan anda yang diingini. Ikuti pilihan yang diberi dan pilih contohnya, siri pengeluaran, variasi model, tahun perubahan dan sistem audio. Anda kemudiannya mempunyai pilihan untuk melihat panduan secara dalam talian atau luar talian bagi setiap muat turun. Model kenderaan seterusnya boleh ditambah melalui pilihan "+" dalam "Panduan saya" pada bila-bila masa. Jika anda masih mempunyai sebarang soalan berkenaan perkhidmatan aplikasi Mercedes-Benz Guides, anda boleh bertanya kepada kumpulan sokongan kami:
Dalam "Panduan saya", disimpan semua fail anda yang telah dimuat turun. Di sini anda boleh menyusun atur atau memadam Panduan. Model kenderaan seterusnya boleh ditambah di sini melalui pilihan "+" dalam "Panduan saya".
Di bawah butir menu ini, anda boleh menemui sorotan penting setiap kenderaan yang diilustrasikan dalam bentuk animasi dan filem. Bagi sesetengah siri pengeluaran, anda boleh mendapatkan gambaran di balik tabir dalam bentuk 'making of' atau filem berkala.
Anda boleh memasukkan carian teks melalui butir menu "Carian" dan simbol kanta pembesar. Carian teks membolehkan anda membuat capaian pada kandungan Panduan yang diingini dengan cepat dan secara terus. Masukkan kata carian yang diingini dalam tetingkap carian dan pertanyaan carian anda akan dilengkapkan dengan cadangan. Anda akan menerima sejarah carian dalam bentuk masukan carian yang dipaparkan sebagai tambahan. Sila pastikan bahawa pengesanan teks tersendiri peranti boleh diaktifkan bergantung kepada tetapan telefon pintar atau tablet anda. Ini mungkin akan menyebabkan aplikasi menghadapi masalah dengan fungsi pelengkapan perkataan kandungan berjarak.
Dalam "Permulaan cepat" dan "Tips", anda boleh mendapatkan gambaran cepat berkenaan pengendalian kenderaan dan tips berharga berkenaan pengalaman pemanduan yang berkesan. Daripada akses sehingga kepada sambungan telefon anda dengan sistem COMAND, proses, fungsi dan kawalan penting diringkaskan dan diterangkan secara jelas. Anda juga boleh mendapatkan bantuan berkenaan tema yang berkaitan dengan kenderaan, contohnya cara mengukur tekanan tayar atau cara menyimpan tanda amaran segitiga.
Jika anda memuat turun satu atau lebih Mercedes-Benz Guides, ia sentiasa tersedia kepada anda secara luar talian. Disebabkan oleh jumlah data yang besar, filem hanya disediakan secara strim dan mesti - bergantung kepada sambungan data anda - dipramuat terlebih dahulu.